Wednesday, April 20, 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit


Terlebih dahulu ingin sekali saya merafakkan setinggi2 syukur kpd Allah S.W.T kerana masih lagi dikekalkan iman dan islam dalam diri ini kerana saya yakin itulah 2 nikmat yang terbesar Allah anugerahkan kepada setiap makhluknya yang dikasihi. Seterusnya saya bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada saya untuk menjejakkan kaki ke alam 21 tahun pada tahun ini, dimana pada 19 April semalam merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-21 . Mudah2an dengan bertambahnya umur ini bertambah jugalah amalan dan kebaikan buat diri ini. Permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini ya Allah.

Berbalik kepada tajuk di atas, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman yang sangat berharga buat diri ini yang mana juga terjadi pada tanggal ulang tahun kelahiran saya semalam. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah pula sahabat handai atau kawan2, itulah yang ingin saya bawakan pada post kali ini. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ini, masalah dan halangan akan sentiasa menemani hidup kita. Tidak kirelah masalah pembelajaran, kewangan, disiplin dan lebih2 lagi masalah salah faham atau prasangka antara kite dengan orang2 sekeliling kite. Masalah yang timbul hendaklah diselesaikan dengan cermat supaya keadaan yang lebih parah dapat dielakkan dpd berlaku.


(Sekadar gambar hiasan. Tiada kaitan dgn isu politik atau perang dunia)


Apa yang saya perhatikan semenjak dua menjak ni, sikap perli-memerli, kondem-mengondem dan kutuk-mengutuk di FB sekarang ini makin menjadi2 dalam kalangan classmate saya yang mana saya sendiri pon turut tidak terlepas dpd perkara itu. Perkare ini secara langsung telah menjejaskan hubungan persahabatan antara semua dan secara tidak langsung akan menjejaskan pencapaian akademik dan pelbagai lagi. Tetapi persoalan yang paling penting adalah bagaimana kita hendak mencapai redha Allah sekiranya kita sendiri saling bermusuhan sesama saudara kita? Islam mengajar kite supaya berlemah lembut sesama makhluk lebih2 lagi sesama yang beragama Islam bukannya bermusuhan antara satu sama lain kerana permusuhan itu hanya akan membawa kpd perpecahan. Dan sekiranya berlaku perpecahan maka orang lain akan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kita atas kelemahan yang terang2an terbuke itu.

Dari pemerhatian saya terdapat 2 faktor utama yang menyebabkan permasalahan ini. Pertamanya sikap pentingkan diri sendiri dan keduanya sikap prasangka atau hasad dengki (maaf terkasar sedikit). Pertama sekali memang xdapat dinafikan bahawa setiap orang mempunyai kepentingan diri masing2, yang mana mereka semua mempunyai alasan tertentu untuk menyatakan tindakan mereka itu betul. Sekiranya alasan mereka dipertikaikan maka timbullah perasaan tidak puas hati yang mana akhirnya akan membawa kepada perbalahan atau pergaduhan besar sekiranya tidak diselesaikan dengan cara yang baik. Yang keduanya adalah manusia ini selalu mengambil pilihan untuk lebih berprasangka terhadap apa yang mereka nampak tanpa menyelidiki atau membuat usul periksa terlebih dahulu. Sebagai contohnya saya sertakan sebuah cerita pendek dibawah ini:

"Ahmad adalah sebaik-baik teman, paling aktif ke masjid dan sangat menyintai teman-temannya. Tiba-tiba, lama sekali tidak nampak batang hidungnya di tengah-tengah mereka. Ketika kemudian dia dapat berkumpul kembali, tiba-tiba seorang teman datang memaki-makinya. Dengan nada sedih dia katakan kepada temannya, “Kenapa baru sekarang kamu mahu menengokku? Ke mana saja kamu dan teman-teman selama ini? Mengapa tidak berusaha mencariku selama beberapa bulan terakhir ini. Sebenarnya aku sangat memerlukan kehadiran kalian di sampingku pada saat isteriku meninggal dunia, dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Aku memerlukan orang-orang yang akrab denganku pada saat kritikal seperti itu!”

Begitulah teruk sekali keadaannya apabila kita lebih memilih untuk berprasangka. Sebenarnya faktor pentingkan diri ini dapat dielakkan sekiranya kita lebih memilih untuk mengorbankan kepentingan diri kita terhadap perkara lain yang lebih penting. Walaubagaimanapun ianya perlulah mengikut keutamaan, sebagai contohnya meraikan ahli keluarga yang datang dari jauh itu lagi penting dpd menghadiri mensyuarat ataupun menghadiri mesyuarat itu lebih penting dpd pulang ke rumah sekadar untuk berehat2 dengan alasan sudah lama tidak pulang. Keutamaan dalam membuat keputusan ini adalah tidak tetap dan ianya berbeza mengikut pandangan dan situasi masing2. Seterusnya faktor prasangka ini tidak dapat tidak (mesti) dielakkan dengan cara kita selalu bersangka baik dengan orang lain. Saya akui berprasangka itu lebih mudah dpd untuk bersangka baik tetapi ingatlah besarnya ganjaran Allah untuk mereka yang mempermudahkan segala urusan saudaranya itu. InsyaAllah sekiranya kita berbuat baik pada orang lain Allah akan bagi ganjaran baik untuk diri kita begitu juga sebaliknya.

Sesungguhnya Allah menguji setiap hamba-Nya dengan menimpakan pelbagai masalah dan ujian. Dan dengan masalah jugalah ianya menjadikan hidup kita berwarna-warni. Jadi jangan lah kita meminta dengan Allah untuk dilapangkan diri dpd masalah sebaliknya mintalah diberi kekuatan supaya kita dapat menyelesaikan segala masalah yang timbul. Oleh itu selesaikanlah setiap permasalahan yang timbul dengan sabar dan taqwa kerana sabar itu sebahagian dpd iman dan taqwa itu menentukan sejauh mana keimanan kita terhadap Allah S.W.T. Dan ingatlah hanya taqwa yang menentukan darjat seseorang itu disisi Allah S.W.T.

Wallahu a'lam. Saya pohon maaf sekiranya ada tersalah kata atau terkasar bahasa sepanjang kita semua kenal, moga kita semua dapat kembali seperti dulu, seperti pertemuan pertama kita semua pada semester 1 dahulu. InsyaAllah segala yang terjadi tu ada hikmah nya. Semoga kita mengambil pengajaran atas setiap perkara yang berlaku. Mudah-an kita semua mendapat redha dan rahmat dpd Allah, insyaAllah.

Wassalam.

P/S: Saya ingin memohon maaflah berkaitan post saya di FB tempoh hari. Sebenarnya post berkenaan memang sengaja saya letakkan tapi tidak bertujuan membawa permusuhan w/pon berbaur permusuhan. Ianya sbg cara saya bagaimana hendak meletakkan situasi seseorang itu pada keadaan yg sama sbg mana orang lain merasanya. Mgkin terlebih kasar kandungannya jadi sy pohon maaf dan harap tiada permusuhan yg timbul slps ini...PEACE NO WAR ^^

No comments:

Post a Comment

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku