Thursday, March 3, 2011

Tidak Ku Pinta Lahir Ke Dunia Ini

Assalamualaikum.

Hari ni kami semua warga MBBS UniSZA telah mengadakan sebuah lawatan ke Taman Sinar Harapan di Terengganu. Taman Sinar Harapan merupakan sebuah pusat ataupon sebuah institusi yang telah ditubuhkan bagi menjaga hak2 dan kebajikan warga kurang upaya esp. kanak2.

Dahulunya ia adalah sebuah pusat kebajikan yang menjaga hak2 wanita namun setelah sebuah akta ditubuhkan bagi memansuhkan perkara tersebut ianya ditukarkan kepada Taman Sinar Harapan yang mana kini telahpon wujud 7 institusi kesemuanya di seluruh Malaysia termasuk Kuala Terengganu.

[ni Syed Alwi, salah seorang penghuni kat sini]

Kebanyakan penghuni di sini rata2nya mempunyai masalah dari segi kurang keupayaan fizikal dan mental. Ada yang hilang keupayaan penglihatan, pendengaran dan yang tidak boleh bercakap. Selain itu ada juga yang xboleh berjalan dan hanya terlantar atas katil (bed ridden) ataupon kerusi roda. Ada jugak kanak2 Down Syndrome, Autism dll.

Sepanjang berada di sana, hati ini terasa cukup sebak sekali tatkala mengenangkan nasib penghuni2nya esp. kanak2. Mereka hidup tanpa kasih sayang sebenar daripada keluarga kandung lantaran terpisah jauh daripada keluarga dan ada juga diabaikan terus oleh keluarga. Hanya kepada pekerja2 di taman inilah mereka menumpang kasih sepenuhnya sebagai pengganti keluarga mereka.

[ni adik angkat ambe, Isa namenye. Dia ni autism]

Hati ini sekali lagi tersentak lantaran diberitahu ada yang dari kecil lagi telah menetap di sini kerana ditinggalkan ibubapa sejak lahir. Ada juga yang dihantar keluarga kerana keluarga tidak mampu menjaga kebajikan mereka lantaran masalah kewangan 'mungkin' ataupon masalah2 lain.

Sangat sedih dan sebak apabila mengenangkan nasib mereka yang diabaikan keluarga dan masyarakat sendiri. Namun begitu bukan semuanya diabaikan keluarga. Masih ada sesetengah keluarga yang prihatin terhadap anak mereka di sini. Tapi bagaimanakah nasib mereka yang diabaikan keluarga sendiri?


[Budak kecik ni namenye Fakhrul @Khairul,
banyak sangat khilaf, xtaw mane satu yang betul]

Walau bagaimanapon bersyukurlah kerana masih ada lagi yang sudi menyayangi mereka dan sanggup menjaga kebajikan mereka. InsyaAllah semoga nasib mereka akan terus terbela di sini. Dan biarlah pusat ini menjadi sinar harapan baru buat mereka, mudah2an InsyaAllah.

Sesungguhnya bukan mereka yang pinta untuk dilahirkan dalam keadaan begitu. Adalah tidak adil bagi mereka jika hak2 mereka diabaikan. Jadi sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menjaga kebajikan mereka semua.


Biarlah keadaan fizikal dan mental mereka tidak sama seperti kita yang dijadikan sempurna ini, namun yang pastinya hati mereka lagi putih,bersih dan suci berbanding kita semua. Dan InsyaAllah Allah telah menyediakan tempat yang terbaik buat mereka di akhirat kelak. Semoga kebajikan dan hak2 mereka akan terus dijaga dan dipelihara.

Wassalam.

[p/s-sangat sebak sewaktu nak balik tadi bila terkenangkan nasib diorang kat sini tanpa keluarga kandung sedang diri ini sangatlah bertuah kerana dikurniakan ibubapa yang penyayang serta dijadikan Allah dalam keadaan sempurna]

2 comments:

  1. btol3..huhu
    bgus2..share sokmo r pglmn bharga mu:)

    ReplyDelete
  2. saya baru je berpeluang berjumpa dengan adik-adik dalam gambar di atas....khairul so sweet... :)) mereka sgt perlukan perhatian dan kasih syg...

    ReplyDelete

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku