Wednesday, January 9, 2013

N I F A K (Repost Entry 17/7/11 - Bersediakah Kita???)


~Assalamualaikum~

Entry kali ni adalah enrty yang terdahulu yang telah hamba publishkan sebelum ni iaitu entry pada 17/7/11 yang bertajuk Bersediakah Kita???. Sebenarnya entry ni dah terdelete (accidentally terdelete), so hamba cari-cari la balik dan Alhamdulillah akhirnya jumpa juga. Kalu ikutkan nak biarkan je, tapi bila duk pikir-pikir balik pasal content entry ni, paksa jugak la mengeledah website ni dan Alhamdulillah selamat jumpe balik post ni. Hamba pun tak tahu mana boleh jadi macam ni, papepon syukur sangat-sangat sebab dah jumpa. So jemputlah baca ye  (^_^)


17/1/11-Bersediakah Kita???


Assalamualaikum...

Untuk post kali ni hambe nak berkongsilah sedikit ilmu yang telah hambe perolehi semalam sewaktu kuliah maghrib berkaitan Nisfu Syaaban. Mungkin post ini sedikit terlewat kerana Nisfu Syaaban sebenarnya pada hari kelmarin 16 julai 2011 dan sudah tentu ianya pada 15 Syaaban 1432H memandangkan maksud nisfu tu bermakna separuh atau setengah dalam bahasa Arab.

Nisfu Syaaban ni diraikan dengan pelbagai cara dan pada kebiasaannya setiap orang islam akan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib. Ade juga yang membace surah Yaasin dan kemudiannya diikuti dengan tazkirah atau kuliah maghrib. 

Apabila tibanye Nisfu Syaaban ini, maka sedar ataupon tidak masih berbaki 14 hari lagi untuk kite menyambut kedatangan bulan rahmat iaitu bulan Ramadhan dan paling banyak pon baki 15 hari sekiranya bulan Syaaban genap 30 hari.
 

Jesteru itu adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi bulan barakah ini? Masa yang ada sekarang ini lebih kurang 2 minggu sebelum Ramadhan hendaklah kita mempersiapkan diri kita dengan selengkap yang boleh, supaya apabila tibanya bulan barakah itu kita dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.


Walaubagaimanapon apa yang penting sebenarnya handaklah kite menbersihkan diri kita terlebih dahulu lebih2 lagi membersihkan diri daripada sifat2 'nifaq' iaitu sifat2 munafik. Ini kerana apabila wujudnya sifat2 ini dalam diri kita nescaya sia2 lah segala amalan kita tidak kiralah betapa banyak sekali pun amal ibadat dan kebajikan yang kita lakukan hatta menunaikan haji berkali2, nescaya ianya tidak mempunyai suatu nilai pun disisi Allah SWT.Bahayanya sifat2 nifaq ini adalah kerana ianya boleh ada pada diri kita tanpa kita sedari. Oleh itu hendaklah kita selalu membersihkan diri dengan taubat bersungguh2 dan ikhlas kepada Allah taala. Di sini ade 5 persoalan yang boleh kita tanyakan pada diri kita untuk mengetahui sekiranya kita memiliki sifat2 tersebut atau tidak.

1. Adakah kita kita merasa gembira atau merasa rindu untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan seperti mana kita merasa rindu apabila telah lama kita berpisah dengan seseorang yang kita sayangi? Ataupun kita merasa gelisah dan timbul persoalan dalam hati " Padahal baru sahaja puasa tahun lepas, apasal cepat sangat tibe bulan ramdhan ni? " Sekiranya timbul kegelisahan pada diri kita maka segeralah bertaubat dan sucikan diri kita dengan seikhlas mungkin.

2. Adakah kita pernah mengadu tentang solat? sebagai contoh " Aik! dah masuk waktu asar ke, padahal baru sekejap tadi solat zohor tadi...sekejapnya mase berlalu ye, xsempat nak rehat pon ". Sepatutnya bagi orang yang bersih hatinya mereka merasakan nikmat dan manisnya beribadah kepada Allah. Dan tanda seseorang itu mendapat syurga segera di atas dunia ini adalah mereka merasa nikmat dan gembira untuk melaksanakan ibadah. 

3. Apakah perasaan kita apabila mendengar statement atau ucapan yang mengejek atau menghina hukum2 Allah? Sebagai contoh:

  • "hukuman potong tangan bagi orang yang mencuri tu mane sesuai dengan zaman sekarang, zaman dulu boleh la pakai "
  • susah la nak cari 4 orang saksi bagi nak membuktikan tuduhan zina ni...dah la semuanya nak lelaki, pastu semuanya mesti melihat dengan mata sendiri dan berada ditempat kejadian. Kalau macam tu sampai bile2 xkan selesai kes ni ".
Sekiranya kita langsung tidak berasa sensetif dengan statement tersebut maka segeralah kita check balik diri kita ni. Mesti ade sumting wrong nih!!!

4. Adakah kita ini langsung tidak mempunyai sebarang respond apabila kita mendengar atau melihat sebarang ucapan atau perbuatan yang menghina nabi2 Allah terutamanya junjungan kita nabi Muhammad SAW? Sedangkan orang2 kafir Quraisy pada waktu itu tidak satu pun berani untuk menyentuh nabi. Tiada sebarang cacat cela pada akhlak, sifat dan perbuatan nabi yang boleh membuatkan mereka benci atau mencela nabi (betapa nabi itu manusia yang paling sempurna sifat dan akhlaknya), tapi mereka menentang nabi atas satu sebab iaitu perjuangan yang dibawa oleh baginda SAW.

5. Apakah diri kita ini pernah membenci seseorang yang mana orang tersebut memiliki ciri2 orang yang Allah SWT kasihi dan cintai dan orang2 sekelilingnye juga cinta dan kasih akannya, sebagai contoh ulama ataupon orang yang soleh. Sekiranya kita merasa meluat atau benci pada golongan tersebut sedangkan mereka itu sangatlah disanjungi dan dicintai kerana ilmu, akhlak dan sifatnya, maka diri kita ni sebenarnye yang bermasalah. Check balik!!! 

Jadinya dalam kesempatan yang masih ada ini hambe menyeru marilah kita semua bersungguh2 membersihkan diri kita daripada segala sifat2 nifaq ini, kerana ianya akan menyebabkan segala amalan yang kita bakal usahakan pada bulan Ramadhan nanti akan menjadi sia2. Begitu juga dengan amalan2 kita yang terdahulu, semuanya akan lenyap. Bersihkanlah diri kita dengan taubat nasuha dan lakukanlah taubat bagi setiap dosa yang telah kita lakukan pada Allah SWT.
 

Janganlah apabila tibanya masa untuk kita mempersembahkan segala amalan kita pada Allah di hari Akhirat kelak, maka tiada satu pon yang dapat kita persembahkan kerana disebabkan adenye sifat2 nifaq yang tersembunnyi dalam diri kita ini tanpa kita sedari. Mahukah kita apabila sampai waktunya nanti kita menghadap Allah kelak dalam keadaan sebegitu? Mintak2 lah dijauhi daripada perkara2 tersebut Nauzubillah.
 

Oleh itu, sempena beberapa hari lagi kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, hambe ingin mengucapkanlah Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam di dunia ini. Mudah2an dipermudahkan Allah untuk terus beramal dan beribadah kepada Nya, InsyaAllah.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku