Friday, January 11, 2013

M A R A H

~Assalamualaikum~

Hmm, hati ku seringkali terganggu lantaran memikirkan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi sebelum ini. 
Sebenarnya telah banyak peristiwa yang terjadi sepanjang tempoh setahun yang lepas. 

Dari luar ianya kelihatan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun disebalik ketenangan itu sebenarnya tersembunyi bermacam-macam cerita yang tidak enak didengar. 

Hanya mereka yang terlibat sahajalah yang merasa bahang panasnya itu.

Hamba cuba melupakan peristiwa-peristiwa tersebut kerana memikirkannya hanya membuatkan diri ini akan terus hanyut dengan mainan perasaan iaitu MARAH.

Hamba sedar, apabila marah menguasai diri maka segala tindak tanduk perbuatan yang terbit selepas itu bukan lagi didasari atas dasar rasional tetapi hawa nafsu semata-mata.

Apabila nafsu yang menguasai diri maka segala tindak tanduk perbuatan yang lahir darinya pasti merupakan sesuatu yang bersifat negatif. 

Ditambah pula api hasutan dari syaitan maka sebuah tindakan luar pada batasan kewarasan pasti akan timbul. Itulah yang pasti akan terjadi jika marah menguasai diri. 

Hasilnya diri ini yang akan berasa sesal ekoran kesan dari perasaan marah itu. 

Berbalik kepada peristiwa itu, ternyata hamba sukar untuk melupakannya. Marah hamba cuma sementara sahaja tapi kecewa hamba masih lagi bertapak lantaran dilabel dengan suatu yang tidak enak.

Manusia mana yang dapat bertenang jika dilabelkan dengan sesuatu yang tidak baik. Paling tidak pun pasti terdetik dihati ini  walau sekejap sebagai respon / reflek apabila ianya berbaur ancaman pada diri ini.

Namun Allah itu maha Bijaksana, Dia tidak menciptakan perasaan marah tanpa ada lawan kepadanya iaitu SABAR.

Allah juga tidak mencipta marah sia-sia tanpa  tujuan kerana itu adalah tanda ujian Dia kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Semua ada hikmah yang terselindung.

Segalanya terpulang kepada kita bagaimana kita mahu berhadapan dengannya. Adakah kita memilih jalan sabar atau memilih untuk mengikut perasaan marah?

Allahurabbi, hamba mohon moga dijauhkan daripada dikuasai oleh perasaan marah dan diberikan kekuatan agar sabar dalam menghadapinya.



~wallahualam, Wassalam~



Tip Mengawal Marah Dalam Islam: (sumber)


1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

No comments:

Post a Comment

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku