Saturday, February 2, 2013

B E T U L @ B I A S A

Tertarik dengan bait kata-kata seorang sahabat yang bunyinya lebih kurang:

"kita ni kena membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul"

Tersentak hamba tatkala mendengar ungkapan tersebut walhal fokus hamba pada waktu itu entah ke mana lantaran penat berjaga malam. (mengantuk)

Terasa nasihat yang disampaikan itu menyentap lubuk hati yang paling dalam. Biarpun ianya hanya ditujukan secara umum, tapi terasa begitu kena sekali dengan situasi semasa hamba.


Kata-kata yang simple tapi cukup bermakna terutamanya terhadap sikap kita dalam melaksanakan sesuatu kerja ataupun tugasan (assignment).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam kebanyakan hal kita kata kita telah melaksanakan setiap tugasan yang diberikan dan menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan.

Tapi pernah atau tidak kita terfikir bahawa cara pelaksanaan itu betul atau tidak?  Ataupun kita beranggapan bahawa cara yang sedia ada kita pakai itu sudah cukup, janji tugasan tersebut siap tanpa memenuhi kriteria yang ditetapkan?

Jika kita beranggapan demikian ternyata kita hanya melakukannya sekadar melepaskan batok ditangga (satu sikap yang tidak elok pada pandangan hamba). Mungkin kerana sudah ter'biasa' dengan sikap tersebut agaknya.

Jadi ke'biasa'an inilah yang perlu untuk kita per'betul'kan iaitu kebiasaan yang salah. Mungkin sukar ataupun mungkin kita tidak sedar bahawa dalam banyak hal tindakan kita sebenarnya adalah salah.

Namun perkara yang salah tetap perlu diperbetulkan. Takkan kita selama-lamanya mahu terus berada dalam keadaan sedemikian kerana kesannya bukan hanya sementara tapi berterusan malah ia akan mempengaruhi hidup kita pada masa hadapan.

Oleh itu nilai kembali setiap tindakan kita sama ada betul ataupun tidak. Setelah segalanya kita per'betul'kan maka selepas itu bolehlah kita mem'biasa'kannya dalam diri kita. Biarlah kita didik diri kita ini untuk terbiasa membuat benda yang betul.

Bila dah terbiasa membuat sesuatu perkara dengan betul maka insyaaAllah segala hasil kerja kita selepas itu pasti akan mendatangkan kepuasan kepada diri kita dan juga orang-orang sekeliling kita.

Akhir kata ia bukan sekadar dalam konteks urusan kerja semata-mata, tapi dalam seluruh aspek kehidupan kita termasuklah pergaulan, pembelajaran, ibadah dan juga akhlak (baik sesama muslim dan non-muslim).

Semoga kita sama-sama dapat perbaiki diri kita semata-mata untuk mencapai redha Allah. Wallahu'alam.

~wassalam~




No comments:

Post a Comment

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku