Wednesday, March 6, 2013

Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu

Untuk entry kali ini hamba ingin berkongsi sebuah kisah yang sangat menarik iaitu berkenaan perbezaan antara Sang Alim dan Sang Abid Tanpa Ilmu. Kisah ini hamba dapat dari sebuah blog yang dimiliki oleh Ustaz Nazrul Nasir, merupakan seorang yang amat hamba kagum kerana ketinggian ilmu dan peribadi yang ada padanya. 

Apa yang ingin hamba ketengahkan melalui kisah ini adalah tentang perlunya kita untuk mempunyai ilmu dalam melakukan sesuatu perkara supaya setiap tindakan dan amalan yang kita lakukan itu berlandaskan ilmu yang sohih, bukan sekadar taklid semata-mata. Mudah-mudah kisah ini dapat memberi pengajaran yang baik dan manfaat kepada kita serta memberi dorongan kepada kita untuk terus berusaha menuntut ilmu yang berfaedah.

Wednesday, February 20, 2013

ISMA Oh ISMA...

Baru-baru ini hamba telah dikejutkan dengan sebuah berita mengenai penyertaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ke dalam arena politik negara. Badan bukan kerajaan tersebut yang dikenali sebagai Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ini bukan sahaja aktif dalam bidang pertarbiyahan anak-anak muda di bumi ini, malah turut lantang dalam mempertahankan hak-hak orang Islam terutamanya hak-hak orang Melayu Muslim.

Secara umumnya pada hamba ianya adalah satu usaha yang sangat baik dan wajar diteruskan bagi melahirkan generasi muda yang faham Islam secara menyeluruh dan praktikal dalam hidupnya. Tapi ada satu perkara yang hamba kurang bersetuju iaitu mengenai penglibatannya ke dalam arena politik negara. 

Saturday, February 2, 2013

B E T U L @ B I A S A

Tertarik dengan bait kata-kata seorang sahabat yang bunyinya lebih kurang:

"kita ni kena membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul"

Tersentak hamba tatkala mendengar ungkapan tersebut walhal fokus hamba pada waktu itu entah ke mana lantaran penat berjaga malam. (mengantuk)

Terasa nasihat yang disampaikan itu menyentap lubuk hati yang paling dalam. Biarpun ianya hanya ditujukan secara umum, tapi terasa begitu kena sekali dengan situasi semasa hamba.

Friday, January 11, 2013

M A R A H

~Assalamualaikum~

Hmm, hati ku seringkali terganggu lantaran memikirkan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi sebelum ini. 
Sebenarnya telah banyak peristiwa yang terjadi sepanjang tempoh setahun yang lepas. 

Dari luar ianya kelihatan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun disebalik ketenangan itu sebenarnya tersembunyi bermacam-macam cerita yang tidak enak didengar. 

Hanya mereka yang terlibat sahajalah yang merasa bahang panasnya itu.

Wednesday, January 9, 2013

N I F A K (Repost Entry 17/7/11 - Bersediakah Kita???)


~Assalamualaikum~

Entry kali ni adalah enrty yang terdahulu yang telah hamba publishkan sebelum ni iaitu entry pada 17/7/11 yang bertajuk Bersediakah Kita???. Sebenarnya entry ni dah terdelete (accidentally terdelete), so hamba cari-cari la balik dan Alhamdulillah akhirnya jumpa juga. Kalu ikutkan nak biarkan je, tapi bila duk pikir-pikir balik pasal content entry ni, paksa jugak la mengeledah website ni dan Alhamdulillah selamat jumpe balik post ni. Hamba pun tak tahu mana boleh jadi macam ni, papepon syukur sangat-sangat sebab dah jumpa. So jemputlah baca ye  (^_^)

Tuesday, January 8, 2013

N I A T - Hadith 1

~Assalamualaikum wbt~

Kali ni hamba nak kongsi sedikit ilmu yang hamba dapat hasil daripada perbincangan ataupun diskusi ilmiah dengan beberapa orang doktor di mana tempat hamba belajar beberapa bulan yang lalu. Dan di sini hamba tambah juga beberapa point yang hamba dapat dari internet sebagai pelengkap kepada tajuk entry kali ini.

Hamba sedikit terkesan apabila dalam majlis tersebut telah dibacakan sebuah hadith iaitu hadith pertama daripada kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Hamba rasa ramai yang sudah tahu mengenai hadith ini yang mana sering kali ia dibacakan sebelum kita melakukan sesuatu perkara.

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku