Sunday, March 8, 2015

Kesan Air Tangan Orang Tidak Solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.

Sumber : blog penmerah


Sunday, March 1, 2015

Menulis Di atas Pasir

Bismillah.

InsyaAllah kali ni nak berkongsi sebuah cerita yang ambe pernah baca sebelum ini. Mudah-mudahan bermanfaat.

Pada suatu masa, terdapat 2 orang sahabat baik yang sedang dalam perjalanan merintangi sebuah padang pasir. Dalam perjalanan itu mereka bertengkar, lalu salah seorang daripada sahabat itu menampar pipi sahabatnya itu. Sahabat yang ditampar tadi berasa sedih dan marah, namun dia tidak membalas perbuatan sahabat baiknya itu. Kemudian dia mengambil sebatang kayu lalu ditulisnya di atas pasir "HARI INI, SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR MUKA KU". Selepas itu mereka pun meneruskan perjalanan seperti biasa.

Setelah lama berjalan, akhirnya mereka tiba di suatu gurun. Di sana terlihat sebuah oasis yang cukup indah dan damai. Tanpa berlengah, sahabat yang ditampar tadi terus meluru ke oasis tersebut dan berenang di dalamnya. Ketika sedang berenang, tiba-tiba sahabat itu lemas lalu dia pun diselamatkan oleh sahabat baiknya itu. Saat ia tersedar daripada lemasnya, lalu dia menulis di atas sebuah batu "HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN AKU". 

Sahabatnya lalu bertanya, "sebelum ini kenapa engkau menulis di atas pasir? Dan sekarang kenapa sekarang engkau menulis di atas batu?" Lalu jawab sahabatnya itu "aku menulis di atas pasir dengan harapan apabila angin bertiup nanti ia akan memadamkan tulisan itu dengan angin kemaafan dan membawa pergi perasaan duka itu. Adapun sekarang aku menulis di atas batu kerana aku mahu ianya kekal terpahat di situ walaupun ditiup angin kencang, kerana aku mahu ianya kekal dalam ingatan ku".


Pengajaran:

Begitulah dalam kehidupan ini, kita tidak mampu untuk meramalkan apa yang bakal terjadi kepada kita. Berkawan baik belum tentu menjaminkan kita akan sentiasa gembira dan senang apabila berada di sisi sahabat kita. Boleh jadi kita akan di kecewakan oleh dia dan boleh jadi juga kita yang akan mengecewakan dia. Itulah kehidupan, ianya tidak seindah apa yang kita bayangkan. Pentingnya untuk sentiasa berlapang dada apabila berbeza pandangan dan jangan sampai dibiarkan nafsu menguasai diri. 'Oleh itu, belajarlah menulis di atas pasir'.


Saturday, February 28, 2015

Segenggam Garam

Bismillah.

Dalam hidup ini kita pasti tidak akan terlepas daripada masalah dan kesulitan. Setiap orang pasti akan diuji oleh Allah. Dan setiap ujian itu berbeza-beza antara setiap orang. Namun kita kena yakin bahawa ianya memang sesuai dengan kemampuan yang Allah berikan pada individu tertentu . 

Seringkali apabila diuji dengan kesusahan atau kegagalan pasti hati akan menjadi sempit, terasa seperti dihimpit-himpit sehingga tiada lagi jalan keluar. Masa itu mungkin putus asa adalah satu-satunya jalan yang terpapar dalam fikiran.

Tapi, ternyata itu adalah pilihan yang salah. Masalah ataupun kesulitan ini cuba kita ibaratkan seperti segenggam garam. Cuba kita larutkan segenggam garam itu dalam sebuah gelas yang berisi air kemudian kita minum airnya. Bagaimana rasanya? Tentu masin kan.

Kemudian ambil lagi segenggam garam dan larutkan ia ke dalam air telaga atau dan minum airnya. Pasti rasa air tersebut tidak berubah, betul tak? Padahal kuantiti dan rasa garam yang diletakkan adalah sama.

Samalah juga diri kita, masalah yang hadir tu tetap sama dan tidak akan berubah, tetapi sejauh mana kita mengisi masalah itu dalam diri hati kita. Andai hati kita sebesar sebuah gelas sudah pasti peritnya masalah itu sangat terasa, namun andai hati kita seluas telaga, masalah yang dihadapi itu pasti tidak akan terkesan pada diri kita. 

Oleh itu, lapangkanlah hati kita dalam menerima apa-apa masalah dalam kehidupan. Luaskan hati kita dengan bersangka baik di atas semua perkara, insyaaAllah masalah yang hadir itu pasti akan mampu diatasi. Disebalik masalah yang datang itu sebenarnya terselit banyak hikmah yang tidak kita ketahui. Sungguh, Allah manjadikan ujian untuk hambaNya berseseuaian dengan kemampuan mereka. Semoga bermanfaat


(Garam ni pahit ke masin rasanya? Huhu)

Monday, February 16, 2015

Kami Pasti Akan Merinduimu


Firman Allah Taala: Maksudnya:
"Di kalangan orang yang beriman itu adanya pejuang hebat yang benar terhadap janjinya kepada Allah. Dikalangan mereka ada yang telah syahid dan dikalangan mereka ada yang masih menunggu sebagai syuhada’ dan mereka sesekali tidak menukar prinsip perjuangan mereka." (Al-Ahzab: 23)


Allahu, kagum dengan orang yang benar-benar telah melaksanakan janji mereka padaNya sampai saat Allah menjemput mereka kepadaNya. Sungguh hebat sifat Istiqomah mereka. Pemergian mereka bukan sekadar dengan jasad yang kaku, bahkan menghidupkan hati yang mati, melembutkan hati yang keras dan mengejutkan hati yang alpa.



Diriku pula? Adakah dapat istiqomah seperti mereka? Jangan kata nak beristiqomah, tapi benarkah aku ni dari kalangan mereka? Takut-takut hati ini tidak membenarkan kata-kata yang sering diucapkan selama ini. Allahu mintak-mintak dijauhkan. Na'uzubillahiminzaalik



Damailah dikau disana menemui Sang Pencipta wahai Murobbi. Telah tiba masa untukmu berehat setelah sekian lama mengharungi kesusahan dunia ini, di fitnah, di hina  dan sebagainya kerana engkau ingin menegakkan kalimah Allah ke tempat yang tertinggi. Hilangmu sukar di cari ganti. Pada diri mu terdapat suri tauladan yang baik untuk kami ikuti. Semoga kami jua mendapat nikmat istiqomah pada jalanNya seperti mana yang Allah kurniakan padamu. Semoga Allah merahmati mu wahai Tok Guru.


12 Februari 2015, 9.40 pm

23 Rabiul Akhir 1436H

Dato Bentara Setia TGNA (1931-2015)

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku