Tuesday, June 7, 2011

Proexam 1...Suka dan Duka...


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah dan kurnia-Nya masih lagi diberi peluang untuk hidup dan merasai nikmat pemberian-Nya.

Minggu lepas merupakan minggu yang paling mendebarkan bagi aku dan rakan2 kerana kami semua selaku pelajar perubatan Unisza first batch telah pon menghadapi satu peperiksaan yang dipanggil Professional exam.


Peperiksaan ini akan menentukan sama ada kami semua ni layak atau tidak untuk meneruskan pengajian ke fasa yang seterusnya iaitu fasa klinikal yang masih lagi berbaki 3 tahun untuk kami bergelar sebagai seorg doktor.


Tidak dapat dinafikan bahawa tiap2 peperiksaan pasti ada yang tidak berjaya menghadapinya atau gagal, namun itu semua adalah lumrah dalam dalam kehidupan ini kerana dengan kegagalan itulah kita semua akan belajar sesuatu yang amat berharga.

Selalulah kite tanamkan dalam diri kite ini bahawa ujian dari Allah ke atas hamba-Nya datang dalam 2 bentuk iaitu kesenangan dan kesusahan yang mana kesenagan itu untuk menguji sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmat-Nya dan kesusahan itu untuk menguji sejauh mana kite bersabar menghadapi ujian-Nya.

Kepada yang berjaya melepasi exam tersebut, rafakkanlah setinggi2 kesyukuran kepada Allah swt dan janganlah berbangga dengan kejayaan yang sementara ini, kerana boleh jadi kejayaan itu makin menjauhkan diri kita daripada rahmat Allah.


Dan kepada yang tidak berjaya melepasi exam tersebut, janganlah menyalahkan Allah terhadap apa yang telah ditetapkan. Ada banyak hikmah yang tesembunyi disebalik keperitan yang kita rasai itu. Boleh jadi dengan ujian yang sebegitu mendekatkan lagi diri kite kepada Allah swt yang mana kite mungkin tidak menyedari kadang2 kite makin jauh dpd rahmat-Nya.

Jadinya bersyukurlah kerana Allah mahu menarik balik kite supaya kembali kepada-Nya. Dan ingatlah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. "


Dan ubatilah diri dengan bantuan Tuhan. Doa ayat 286, surah al Baqarah:

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami".

wassalam....

1 comment:

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku