Assalamualaikum WBT,
Rasenya dah lame benor hambe tak update blog hambe ni sampai berhabuk, berdebu dan segala bendenye la. Kali ni hambe nak lap la sikit or polish biar berkilat dan berseri-seri gitu.
Untuk post ni hambe tak nak citer perkara-perkara yang lalu. Yang dah lepas tu tak perlulah kita nak ungkitkan lagi. Kali ni hambe nak share sedikit la pasal tahun baru ni (walaupun dah terlewat seminggu). Umumnya setiap kali datang tahun baru, masing-masing pasti akan memasang niat ataupun azam untuk berubah. Mungkin pada tahun sebelumnya banyak kelemahan pada diri yang telah dikenal pasti, jadinya untuk tahun baru ini pasti ramai yang ingin memperbaiki kelemahan-kelemahan itu.
[Jadi, apa azam tahun baru kamu???]
Apabila ditanya mengenai azam tahun baru, pastinya mereka akan menjawab untuk buat yang terbaik dalam perkara itu, ini dan sebagainya. Sebagai contoh, dari sudut akademik, pastinya ingin mengumpulkan sebanyak mungkin bilangan A dalam setiap mata pelajaran bagi pelajar-pelajar sekolah, ataupun dean list bagi mahasiswa-mahasiswi. Dan bagi peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan, mereka mungkin inginkan keuntungan yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini. Namun dari segi amal ibadah kita, akhlak kita, dan tuntutan fardhu ain dan farhu kifayah adakah pernah kita terfikir untuk tingkatkan lagi? Pernahkah kita terfikir untuk dekatkan lagi ataupun merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah SWT? Hambe tinggal persoalan ni untuk dijawab masing-masing.
[Ade ke azam tahun baru macam list no 1 tu? Hehe, tak tahu la pulak hambe...]
Seperti orang lain, hambe sendiri pun tidak terkecuali daripada memasang niat ataupun azam baru. Kerana hambe rasakan banyak sekali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri hambe pada tahun-tahun sebelum ni tak kira la dari sudut ilmu pengetahuan, akhlak dan sahsiah, amal ibadah dan banyak lagi yang hamba rasa perlu untuk hamba perbaiki. Mudah-mudahan Allah permudahkan hambe dalam usaha untuk melakukan perubahan ini. Dan sebagai seorang muslim, kita sepatutnya memperbaharui azam kita tiap-tiap hari supaya kita sentiasa jadi lebih baik daripada sebelum-sebelumnya.
Sebenarnya, apa yang ingin hambe ceritakan di sini adalah mengenai sambutan tahun baru yang sering kali diadakan setiap kali menjelangnya tahun baru. Umumnya pada tahun-tahun sebelum ini banyak sekali aktiviti-aktiviti yang berteraskan hiburan dijadikan method dalam acara penyambutan tahun baru. Hiburan seperti nyanyian ataupun pesta-pesta keramaian sering kali dipilih oleh penganjur sebagai satu cara dalam menyambut kedatangan tahun baru ini. Kesannya, anak-anak muda seperti hambe ini banyak sekali yang terpengaruh dengan sambutan ini yang mana akhirnya membawa mereka terjerumus ke arah yang lebih buruk lagi. Keadaan seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, hiburan yang menggelapkan hati, dan pelbagai lagi hiburan yang negatif sebenarnya menjadi faktor kenapa keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan muda mudi pada masa kini semakin menjadi-jadi.
[Adakah ini yang kita mahukan daripada golongan muda kita? Bukan nak kondem ye, Pikir-pikir kan lah...]
Walaubagaimanapun, hambe melihatkan satu perubahan yang sangat ketara terjadi terhadap sambutan tahun baru kali ini yang mana banyak sekali aktiviti-aktiviti yang berbentuk kerohanian dan ilmiah telah diadakan. Aktiviti seperti majlis forum, ceramah dan juga hiburan yang tidak melalaikan banyak sekali diadakan terutamanya di kawasan KL dan yang sewaktu dengannya. Kalau tak silap hambe lebih kurang 7 aktiviti yang besar telah diadakan yang mane hambe sendiri pun dah lupa ape name program tersebut. Dan ianya mendapat banyak sambutan lebih-lebih lagi dalam kalangan para muda-mudi sendiri.
[Hambe bukan nak berkempen ni, ni salah satu contoh sambutan tahun baru, baru-baru ni]
Pada pandangan hambe, aktiviti sebegini banyak sekali memberi manfaat kepada golongan muda seperti hambe ini. Ini kerana, selain dibekalkan dengan makanan rohani dan juga aktiviti-aktiviti yang berbentuk ilmiah, mereka juga turut dapat berhibur dengan hiburan yang dibenarkan syariat, yang mana tidak berlebih-lebihan ataupun melalaikan sehingga boleh merosakkan hati. Berdasarkan apa yang hambe perhatikan, golongan-golongan muda sebenarnya begitu berkehendakkan kepada aktiviti-aktiviti seperti ini, namun aktiviti seumpama ini jarang dan tidak banyak diadakan, yang adanya cumalah aktiviti-aktiviti yang melalaikan sahaja. Sebab itulah, disebabkan tiada alternatif lain, mereka terpaksa memilih aktiviti-aktiviti hiburan yang salah bagi mengisi kehendak berhibur mereka.
Seperti yang diketahui umum, golongan muda sememangnya sudah sinonim dengan sikap mereka yang berkehendakkan kepada hiburan. Namun ramai yang cenderung kepada hiburan yang salah kerana tiadanya alternatif bagi mereka untuk berhibur dengan hiburan yang baik. Apa yang ada hanyalah aktiviti-aktiviti yang menjuruskan kepada kelalaian ataupun maksiat sahaja seperti nyanyian dan konsert. Oleh itu, bagi membendung perkara ini, aktiviti yang berbentuk ilmiah seperti forum dan ceramah haruslah diperluaskan supaya makin ramai daripada golongan-golongan muda dapat berhibur dengan cara yang dianjurkan Islam selain memberi banyak manfaat dan bekalan buat diri mereka sendiri. Manusia secara semulajadinya memang berkehendakkan kepada kebaikan. Buktinya apabila program seumpama ini diadakan sempena sambutan tahun baru yang lalu, ianya lebih mendapat sambutan daripada golongan muda berbanding program-program yang melalaikan seperti konsert ataupun parti-parti nyanyian yang lain.
[erk!!! lirik lagu menuju wawasan?...pape la...huhu]
Akhir kata, sambutan-sambutan yang berunsurkan kerohanian dan ilmiah seperti ini sebenarnya sangatlah penting sebagai alternatif bagi mengantikan hiburan yang melalaikan disamping dapat membentuk peribadi yang baik untuk golongan-golongan muda pada hari ini kerana mereka adalah aset terhadap sesebuah negara. Hambe tinggalkan disini bait kata daripada Syaidina Umar Al-Khattab yang mana beliau telah berkata "Jika kamu ingin melihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah kepada remajanya sekarang.". Jadi betapa besar sekali peranan golongan muda ataupun remaja dalam sesebuah negara ini bagi menangkis serangan-serangan jahat daripada golongan yang ingin menjatuhkan kedaulatan sesebuah negara lebih-lebih lagi negara Islam.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment