Tuesday, January 8, 2013

N I A T - Hadith 1

~Assalamualaikum wbt~

Kali ni hamba nak kongsi sedikit ilmu yang hamba dapat hasil daripada perbincangan ataupun diskusi ilmiah dengan beberapa orang doktor di mana tempat hamba belajar beberapa bulan yang lalu. Dan di sini hamba tambah juga beberapa point yang hamba dapat dari internet sebagai pelengkap kepada tajuk entry kali ini.

Hamba sedikit terkesan apabila dalam majlis tersebut telah dibacakan sebuah hadith iaitu hadith pertama daripada kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Hamba rasa ramai yang sudah tahu mengenai hadith ini yang mana sering kali ia dibacakan sebelum kita melakukan sesuatu perkara.

Monday, April 16, 2012

Bile berada dalam kesempitan masa...

Assalaamualaikum

Alhamdulillah minggu ni hambe dah masuk posting medical (wad perubatan) yang mana boleh dikatakan posting yang paling busy la sepanjang berada dalam clinical year ni...(baru hambe rase perasaan sebenar jadi medical student ni)

Tak tahu la hambe macam mane nak hadapi hari-hari yang mendatang ni...kalu di tengokkan pada schedule yang baru dapat hari ni memang pack sangat la jadualnye...hambe respect la batchmate hambe yg sebelum ni coz dapat survive and siap dapat pengiktirafan lagi dari HOD Medical...(bukan senang tu)

Monday, January 9, 2012

My Siblings

Assalamualaikum WBT,

Syukur alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan umur ini dan masih lagi memberi ruang dan peluang kepada hambe untuk hambe terus mencari bekalan hidup sama ada bekalan dunia ataupun akhirat, alhamdulillah. Cumanya kadang-kadang kita sahaja yang terleka ataupun terlalai sehinggakan terlepas segala peluang yang Allah dah beri kepada kita.

This time post (will be in english), I just want to story a little bit about my siblings especially the one that the first and the second after me (senang citer adik kedua dan ketiga hambe la). Now I miss too much about my third younger sister :-( .

Saturday, January 7, 2012

Tahun Baru: Azam dan Sambutannya


Assalamualaikum WBT,

Rasenya dah lame benor hambe tak update blog hambe ni sampai berhabuk, berdebu dan segala bendenye la. Kali ni hambe nak lap la sikit or polish biar berkilat dan berseri-seri gitu.

Untuk post ni hambe tak nak citer perkara-perkara yang lalu. Yang dah lepas tu tak perlulah kita nak ungkitkan lagi. Kali ni hambe nak share sedikit la pasal tahun baru ni (walaupun dah terlewat seminggu). Umumnya setiap kali datang tahun baru, masing-masing pasti akan memasang niat ataupun azam untuk berubah. Mungkin pada tahun sebelumnya banyak kelemahan pada diri yang telah dikenal pasti, jadinya untuk tahun baru ini pasti ramai yang ingin memperbaiki kelemahan-kelemahan itu.

Monday, August 1, 2011

Sekadar Perkongsian


Assalamualaikum WBT...

Untuk post kali ni hambe nak share lah sedikit ilmu berkaitan PUASA memandangkn Ramadhan telahpon tiba...Post ini hambe ambil dpd note kawan hambe dalam FB...mudah2an dpt sesuatu yang bermanfaat dpdnya...InsyaAllah.
_______________________________________________________________________________

PENGERTIAN PUASA DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH SYARA'.

Puasa dari segi bahasa bermakna : menahan daripada sesuatu.
Sebagaimana ayat :-

Maksudnya : Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.
[ Surah Maryam, Ayat : 26 ]

Saturday, July 16, 2011

Pengalaman Manis....

Assalamualaikum WBT

Agak lame rasenye ambe xupdate blog ni, sebulan lebih jugak la rasenye. Sebenarnye banyak jugak la cerite2 menarik yang da ter'miss' sepanjang tempoh ni. Tapi xpe la, ape yang da lepas tu biarkan ia lepas, malas ambe nak recall balik cerite2 lame tuh.

Sebelum tu ambe nak rafakkan lah setinggi2 kesyukuran ambe pada Allah SWT kerana masih lagi sayangkan ambe ni. Walaupon ambe ni bukanlah seorang hamba yang baik, sentiasa tidak lepas dari melakukan kesilapan dan dosa, tapi Allah taala sudi lagi menyayangi ambe dengan diberikan pelbagai ujian dan musibah bagi menegur diri ambe ni yang mane ambe rasakan diri ambe ni makin jauh dari Nya. Namun dengan ujian dan peringatan yang diberikan kepada ambe tu akhirnya dapat menyedarkan diri ambe kembali. Sesungguhnye Allah itu maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Tuesday, June 7, 2011

Proexam 1...Suka dan Duka...


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah dan kurnia-Nya masih lagi diberi peluang untuk hidup dan merasai nikmat pemberian-Nya.

Minggu lepas merupakan minggu yang paling mendebarkan bagi aku dan rakan2 kerana kami semua selaku pelajar perubatan Unisza first batch telah pon menghadapi satu peperiksaan yang dipanggil Professional exam.

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku