Friday, February 11, 2011

12 Feb Vs 14 Feb

Tarikh 14 Februari sering kali dinanti-nantikan oleh setiap umat manusia di seluruh dunia terutamanya dikalangan para remaja yang sedang hangat bercinta. Pelbagai cara sambutan yang dapat dilihat menjelang tarikh keramat ini di mana pada waktu inilah setiap pasangan kekasih akan menunjukkan rasa cintanya kepada pasangan masing2. Pada waktu inilah pasangan kekasih dilihat saling bertukar2 hadiah ataupun yang kebiasaannya bertukar2 coklat bagi menunjukkan cinta sejati mereka. Selain itu ada juga yang menyatakan rasa cinta mereka kepada kekasih mereka dengan menghantar mesej2 cinta , jambangan bunga ros ataupun surat cinta yang disertakan dengan haruman yang begitu merbak sekali. Begitulah yang dapat kita gambarkan bahawa pentingnya tarikh keramat ini kepada setiap pasangan kekasih bagi meraikan perasaan cinta mereka. Hari inilah yang dikenali sebagai Hari Valentine.

Namun, dalam keasyikan setiap pasangan kekasih ketika meraikan hari Valentine ini pernahkah terdetik dalam hati mereka untuk menyelidik atau mengambil tahu tentang sejarah atau asal-usul kedatangan sambutan hari Valentine ini? Mengapa ianya disambut? dan apakah peristiwa yang terjadi disebalik hari tersebut? Adakah mereka semua tahu akan perkara tersebut? Sekiranya mereka tahu tentang semua perkara ini sudah pasti mereka akan menilai dahulu sama ada wajar atau tidak bagi mereka untuk meraikan hari tersebut.

Tahukah kita dari manakah asalnya perkataan Valentine itu? Perkataan itu sebenarnya telah diambil daripada nama seorang paderi besar Kristian iaitu St Valentino yang mana pada tanggal tersebut beliau telah hukum dibunuh oleh raja yang memerintah rom pada waktu itu iaitu Raja Claudius. Beliau telah dihukum bunuh kerana didapati bersalah dalam mempertahankan cinta beliau dengan seorang gadis sewaktu beliau dikurung di dalam penjara tersebut. Oleh kerana bagi mengenang kembali keberanian dan kesabaran beliau dalam menghadapi cabaran hidup dan mempertahankan cinta sejatinya, masyarakat telah mengangkat namanya untuk terus diingati sebagai lambang pengorbanan terhadap cinta sejati. Dan ianya telah menjadi sebahagian daripada hari sambutan dan perayaan bagi setiap umat Kristian pada setiap tahun.

Untuk pengetahuan lagi, Paderi St Valentino ini adalah seorang yang sangat berjasa dan berbukti kepada agama Kristian. Ini kerana sumbangan besar beliau dalam menjatuhkan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol dan kejayaannya dalam memurtadkan kembali lebih kurang 1 juta umat Islam di Andalusia kepada Kristian. Jadi, begitu hebat sekali dan begitu tinggi jasa seorang yang bernama Velentino ini terhadap perkembangan agama Kristian pada waktu tersebut. Bagi menghargai jasa dan sumbangan besar St Valnetino ini, paderi2 besar Kristian telah bersepakat untuk mengekalkan gelaran paderi besar ini kepada beliau walaupon beliau telah didapati bersalah kerana telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis sedangkan paderi Kristian tidak dibenarkan untuk bercinta dan berkahwin.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi versi tentang perayaan dan asal-usul hari Valentine ini. Apapun versinya, ianya tetap merupakan hari sambutan dan perayaan bagi seluruh umat Kristian dan kita sebagai umat Islam dilarang sama sekali untuk meniru budaya agama lain apatah lagi menyambut sekali sambutan tersebut.

Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 36 yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan di tanya tentang apa yang di lakukannya.”

Disebutkan lagi di dalam sebuah hadith, Rasulullah telah bersabda:"Barangsiapa meniru amalan(perlakuan) umat lain, maka mereka tergolong dikalangan mereka".....(Riwayat Ahmad:2/5, Abu Daud:4021)

Jadi, sanggupkah kita mengadaikan aqidah murni kita dengan mengikuti amalan dan perlakuan umat lain yang mana ianya jelas bertentangan dengan tuntutan agama? Oleh itu jagalah imam kita dengan sebaik2nya kerana iman dan hidayah kurnian Allah itu sangatlah mahal nilainya jika dibandingkan dengan segala harta kekayaan di atas muka bumi ini.

Selain daripada itu, kebanyakan versi juga turut menceritakan bahawa tanggal tersebutlah merupakan hari Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia. Jadi, patutkah kita sebagai orang Islam meraikan hari kejatuhan agama kita sendiri? Fikir2kanlah sama ada wajarkah kita untuk meraikan tanggal 14 Februari ini. Sekiranya kita ini seorang yang peka terhadap perjuangan Islam maka tanggal 12 Februari lah yang sepatutnya kita kenang dan hayati kerana pada tanggal tersebutlah syahidnya imam besar kita iaitu as-Syahid Imam Hassan al-Banna. Betapa besar sekali sumbangan beliau dalam menghidupkan dan merintis sebuah gerakan Islam sehingga ianya terus berkembang diseluruh dunia sampailah sekarang. Jadi, bersempena 12 Februari ni marilah kita kenang kembali sejarah perjuangan dan perngobanannya dalam menegakkan Islam di bumi ini dan marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat as-syahid. Semoga Allah merahmati rohnya. Barakallah.

1 comment:

  1. tu lah,drp smbut valentine baek kiter kua makan op..hik2:P
    ~al-fatihah buat tokoh islam,as-syahid imam hassan al-banna~bru ku tahu.,12.2.huhu

    ReplyDelete

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku