Friday, February 11, 2011

Kenangan Lalu

Assalamualaikum...

Setiap dpd kita ini pasti pernah memiliki beberapa pengalaman atau kenangan yang sukar untuk dilupakan sepanjang hidup kita kan? paling kurang pon pasti ade jugak satu pengalaman atau kenangan yang akan terpalit kekal dalam ingatan masing2, xkesahlah sama ada ianya itu pahit, masam atau manis. Bagi diriku juga, banyak pengalaman dan kenangan yang xdapat dilupakan sepanjang menjalani hidup ini. Ada yang pahit, masam dan juga manis. Namun semua pengalaman dan kenangan itu xkira pahit, masam atau manis lama kelamaan pasti kite akan merasakannya sebagai sesuatu yang manis dan lucu bile ia dikenang kembali. Adapun pengalaman pahit seperti kehilangan orang tersayang tetap akan pahit jika dikenang. Amatlah pelik jika pengalaman kehilangan seseorang itu boleh bertukar menjadi sebuah kenangan yang manis kan?

Malam ini tergerak hatiku untuk berkongsikan sebuah pengalaman yang pernah terjadi pada diri ku sebelum ini dan aku kira ianya sukar untuk aku lupakan. Bagi diriku ianya sebuah pengalaman yang amat menakutkan, namun bila ku kenang kembali ianya sangat melucukan dan telah pun menjadi pengalaman manis bagi diriku dan kawan2 ku yang turut sama menghadapinya. Tanggal 1 Mei 2008 sudah pasti xkan kami semua lupakan. Waktu itu cuma tinggal lebih kurang beberapa minggu sahaja lagi bagi sesetengah dpd kami utk mendaftar ke Matrikulasi atau UPU. Tanggal ini juga merupakan perjumpaan terakhir kami sebelum kami semua berpisah melanjutkan pelajaran ke tempat pengajian masing2. Bagi kami ianya sebuah perjumpaan terakhir kerana peluang untuk kami berkumpul seperti itu mungkin agak sukar memandangkan masing2 akan belajar ditempat pengajian yang berlainan.

Jadinya perjumpaan itu telah kami adakan kat tepi pantai di Pantai Batu Burok pada waktu malam kire2 pukul 10 kalu xsilap. Jumlah semua yang datang xlah ramai sangat, cuma dalam belasan orang sahaja. Oh ya, perjumpaan yang kami lakukan ini hanya khusus kepada budak2 lelaki sahaja. Ianya langsung tidak melibatkan budak2 perempuan. So xkan adenye perkare2 yang xelok berlaku sepanjang perjumpaan itu. Jangan pikir yang bukan2 okey. So, perjumpaan malam tu berjalan la macam reunion2 yang pernah diadakan sebelum ni. Just sembang2, lepak2, makan dan minum sambil kongsi2 cerita dan pengalaman. Bila dah hampir menjelang tengah malam, setengah dpd kami ambil keputusan untuk balik manakala setengah lagi sambung lepak2 kat tepi pantai tu jadi kutu malam. Aku ambik keputusan untuk lepak dengan mereka yang still duduk kat tepi pantai tu. Jadinya yang still lepak kat sana waktu tu ade 6 orang semuanya termasuk aku. Mereka2 ialah Raja, Aiza, Rashid, Ikhsan, Hamzi dan aku.

Kami terus la sembang2 sambil baring kat tepi pantai tu sampai la pukul 1 pagi. Then waktu tu la masing2 ambik keputusan untuk pulang. Malangnya waktu pulang tu polis tengah buat rondaan dan tengah kejar mat2 dan minah2 rempit yang sedang merempit kat kawasan sekitar bandar KT tu. Masa tu jugak la kami ni dikejar sekali sebab disangkakan mat rempit. Nak xnak merempit jugak la kitorang sebab nak lari dpd polis2 tu. Tapi motor kitorang ni xlah setanding dengan motor2 polis tu. Jadinya aku yang membonceng dengan Raja just lari separuh jalan saje then serah diri dan tunjukkan I/C serta lesen kat polis tu. Nasib baik terlepas. Fuhh!!! lega la kat situ. Tapi waktu tu timbullah pulak risau kat kawan2 aku yang lain tu terutamanya si Aiza tu. Dah la bawak skuter yang takde roadtax tambah pulak die ni xde lesen, macam mane la die nak lari dpd motor besar polis tu kan? Nasib baik la terlepas jugak die dpd polis2 tu (hebat jugak die nih, macam mane la bleh lepas dpd polis just dengan skuter je) huhu.

Alhamdulillhah, akhirnya semuanye selamat dan lepas dpd polis2 tu. Kire2 sejam lebih jugak la main kejar2 dengan polis tu. Cuma Hamzi seorang sahaja yang terkandas dan telah mendapat surat cinta (surat saman) dpd polis. Lepas masing2 bawak haluan sebab dikejar polis, akhirnye kami berjumpa balik di satu check point then dalam 2.30 pagi, kami pon bertolak balik ke rumah. Terpakselah kami tinggal kan Hamzi yang tertahan tu, hehe. Jadinye malam tu aku sampai rumah dalam pukol 3 pagi. Masuk rumah then terus tidor. Sebelum tu ade la call Hamzi tanye khabar, then die cakap okey je dan die pon dah dilepaskan selepas dapat surat cinta tu. So aku pon apa lagi, tidor la.

Peristiwa ni setiap kali kami recall balik ketika berjumpa pasti akan menjadi bahan cerita lawak dan gelak puas2, walaupon pada asalnye itu adalah suatu peristiwa yang menakutkan. Tapi sekurang2 nye kami ade la pengalaman kene kejar dengan polis walaupon sekali. Sekarang ni masing2 da sambung belajar di IPTA2 dalam negara. 4 orang dpd kami dlm bidang perubatan, seorang engenering dan seorang lagi akauntan (hebat2 jugak kami ni kan) hehe. InsyaAllah semoga kami semua akan menjadi orang2 yang berguna untuk bangsa dan negara dan jugak agama, bukan nya mat rempit huhu.

2 comments:

  1. ceh,,perasaan hebat ng statement ni
    ' 4 orang dpd nya dlm bidang perubatan, seorang engenering dan seorang lagi akauntan (hebat2 jugak kami ni kan) '..:P
    ~ye2,aku ingat ag citer nih..hihi~

    ReplyDelete
  2. haha...statement yg betol ape...hehe =D

    ReplyDelete

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku