Assalamualaikum.
Kenal x gambar sape kat atas tu?
rase2nye semua mesti kenal kot dengan pemilik gambar di atas ini.
die ni tersangat la stylo n macho (betul ke?)
n femes jugak la disebabkan beberapa kontroversi yang pernah ditimbulkan nya.
kalau anda still xkenal jugak die ni
maknenye anda ni mmg x pernah mengikuti perkembangan semasa la. Hehe
Kalau nak tahu pemilik gambar di atas ni adalah Muammar Gaddafi. Die ni adalah pemimpin negara Libya yang mana sekarang ni sedang menghadapi kebangkitan rakyat yang mahu menjatuhkan pemerintahannya. Seperti yang kita tahu, kebelakangan ini seluruh rakyat di negara2 Arab seperti Tunisia, Mesir, Yemen, Jordan dan lain2nye telah bangkit membuat demonstrasi dan berhimpun bagi menjatuhkan pemimpin2 negara mereka. Kebangkitan rakyat2 negara tersebut adalah disebabkan ketidakpuashatian rakyat terhadap pemimpin mereka kerana telah berlaku zalim dan tidak adil sepanjang pemerintahan mereka.
Ianya bermula di Tunisia apabila seorang pemuda telah tekad membakar dirinya sebagai protes terhadap kezaliman yang telah dilakukan ke atas dirinya. Akibat daripada tindakan dan kematian pemuda tersebut seluruh warga Tunisia akhirnya bangkit menentang kerajaan nya yang mana akhirnya turut sama mempengaruhi rakyat2 di seluruh semenanjung tanah Arab.
Berbalik kepada negara Libya, ianya merupakan antara negara yang paling mendapat perhatian dunia selepas kejatuhan Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyatnye. Baru2 ini kita telah dikejutkan dengan tindakan kejam Muammar Gaddafi yang mana sanggup mengebom rakyatnya sendiri dengan jet pejuang bagi menghalang rakyatnya daripada terus bangkit. Tindakan ini sangat lah tidak berperikemanusiaan sehinggakan ade sesetengah pihak telah melabelkan die sebagai seorang yang gila.
Presiden ulama sedunia, Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi telah pon mengeluarkan fatwa bahawa wajib membunuh Gaddhafi sekiranya mereka melihat kelibatnya dan haram bagi mereka untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh lelaki ini.
Setakat ini angka kematian rakyat Libya telah pon mencecah hampir 300 orang disebabkan tindakan kejam pemimpim mereka sendiri. Walau bagaimanapon ianya tidak melemahkan semangat rakyat Libya dan kebangkitan rakyat masih berterusan hari ini. Sama2lah kita berdoa semoga mereka memperoleh kejayaan dan dapat mewujudkan sebuah negara yang adil dan aman dengan jatuhnya pemerintah mereka iaitu Muammar Gaddafi.
Wassalam
No comments:
Post a Comment