Tuesday, February 8, 2011

Akhirnya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnye mase yang ditunggu2 tiba jua. Setelah sekian lame menanti (kire 4 semester), akhirnya modul sangat2 ditakuti telah pon tibe dimana utk 6 minggu akan datang kami semua akan belajar tentang Central Nervous System (CNS) ataupon dalam bahasa melayu nya dikenali sebagai 'Sistem Saraf Pusat'.

Untuk pengetahuan, antara semua modul2 yang telah aku pelajari modul CNS boleh dikatakan antara modul yang paling susah dan aturan jadual nya juga adalah yang paling padat. Untuk modul ini begitu banyak sekali jumlah kuliah yang telah diaturkan dalam jadual , dan kuliah yang paling banyak adalah subjek Physiology di ikuti Anatomy dan Pharmacology.

Inilah antara sebab mengapa modul ini dilihat antara modul yang paling KILLER kerana kuantiti kuliah bagi subjek2 tersebut yang sangat banyak dari kebiasaan. Tapi bagi diri ku, inilah modul yang paling menarik kerana aku sangat sukekan subjek physiology =D...

Terus terang aku katakan aku ni bukannye jenis orang yang suka membaca dan menghafal fakta2 yang banyak. Lagi senang bagi diriku untuk memahami sesuatu konsep dpd menghafal sesuatu fakta. Oleh kerana subjek Physiology adalah satu2 nya subjek yang berkaitan konsep maka aku lebih cenderung untuk membacanya dengan penuh minat berbanding subjek2 lain walaupon aku ni kurang suke membaca.

So, pusing lah kat mana2 pon aku tetap perlu membaca selagi mana aku mahukan ilmu dan pengetahuan. Semoga dapat kuatkan diri ini untuk lebih rajin membaca sepanjang modul ini ^^. Jadi aku rasa cukuplah sekadar ini sahaja, InsyaAllah semoga dapat Istiqamah dalam bidang ini.

wasssalam.

1 comment:

  1. ho,wat molek..wat molek..
    i.Allah dr nash..
    ~nnt blanja makan lagi kalu lulus ek:P

    ReplyDelete

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku