Sunday, March 8, 2015

Kesan Air Tangan Orang Tidak Solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.

Sumber : blog penmerah


Sunday, March 1, 2015

Menulis Di atas Pasir

Bismillah.

InsyaAllah kali ni nak berkongsi sebuah cerita yang ambe pernah baca sebelum ini. Mudah-mudahan bermanfaat.

Pada suatu masa, terdapat 2 orang sahabat baik yang sedang dalam perjalanan merintangi sebuah padang pasir. Dalam perjalanan itu mereka bertengkar, lalu salah seorang daripada sahabat itu menampar pipi sahabatnya itu. Sahabat yang ditampar tadi berasa sedih dan marah, namun dia tidak membalas perbuatan sahabat baiknya itu. Kemudian dia mengambil sebatang kayu lalu ditulisnya di atas pasir "HARI INI, SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR MUKA KU". Selepas itu mereka pun meneruskan perjalanan seperti biasa.

Setelah lama berjalan, akhirnya mereka tiba di suatu gurun. Di sana terlihat sebuah oasis yang cukup indah dan damai. Tanpa berlengah, sahabat yang ditampar tadi terus meluru ke oasis tersebut dan berenang di dalamnya. Ketika sedang berenang, tiba-tiba sahabat itu lemas lalu dia pun diselamatkan oleh sahabat baiknya itu. Saat ia tersedar daripada lemasnya, lalu dia menulis di atas sebuah batu "HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN AKU". 

Sahabatnya lalu bertanya, "sebelum ini kenapa engkau menulis di atas pasir? Dan sekarang kenapa sekarang engkau menulis di atas batu?" Lalu jawab sahabatnya itu "aku menulis di atas pasir dengan harapan apabila angin bertiup nanti ia akan memadamkan tulisan itu dengan angin kemaafan dan membawa pergi perasaan duka itu. Adapun sekarang aku menulis di atas batu kerana aku mahu ianya kekal terpahat di situ walaupun ditiup angin kencang, kerana aku mahu ianya kekal dalam ingatan ku".


Pengajaran:

Begitulah dalam kehidupan ini, kita tidak mampu untuk meramalkan apa yang bakal terjadi kepada kita. Berkawan baik belum tentu menjaminkan kita akan sentiasa gembira dan senang apabila berada di sisi sahabat kita. Boleh jadi kita akan di kecewakan oleh dia dan boleh jadi juga kita yang akan mengecewakan dia. Itulah kehidupan, ianya tidak seindah apa yang kita bayangkan. Pentingnya untuk sentiasa berlapang dada apabila berbeza pandangan dan jangan sampai dibiarkan nafsu menguasai diri. 'Oleh itu, belajarlah menulis di atas pasir'.


Saturday, February 28, 2015

Segenggam Garam

Bismillah.

Dalam hidup ini kita pasti tidak akan terlepas daripada masalah dan kesulitan. Setiap orang pasti akan diuji oleh Allah. Dan setiap ujian itu berbeza-beza antara setiap orang. Namun kita kena yakin bahawa ianya memang sesuai dengan kemampuan yang Allah berikan pada individu tertentu . 

Seringkali apabila diuji dengan kesusahan atau kegagalan pasti hati akan menjadi sempit, terasa seperti dihimpit-himpit sehingga tiada lagi jalan keluar. Masa itu mungkin putus asa adalah satu-satunya jalan yang terpapar dalam fikiran.

Tapi, ternyata itu adalah pilihan yang salah. Masalah ataupun kesulitan ini cuba kita ibaratkan seperti segenggam garam. Cuba kita larutkan segenggam garam itu dalam sebuah gelas yang berisi air kemudian kita minum airnya. Bagaimana rasanya? Tentu masin kan.

Kemudian ambil lagi segenggam garam dan larutkan ia ke dalam air telaga atau dan minum airnya. Pasti rasa air tersebut tidak berubah, betul tak? Padahal kuantiti dan rasa garam yang diletakkan adalah sama.

Samalah juga diri kita, masalah yang hadir tu tetap sama dan tidak akan berubah, tetapi sejauh mana kita mengisi masalah itu dalam diri hati kita. Andai hati kita sebesar sebuah gelas sudah pasti peritnya masalah itu sangat terasa, namun andai hati kita seluas telaga, masalah yang dihadapi itu pasti tidak akan terkesan pada diri kita. 

Oleh itu, lapangkanlah hati kita dalam menerima apa-apa masalah dalam kehidupan. Luaskan hati kita dengan bersangka baik di atas semua perkara, insyaaAllah masalah yang hadir itu pasti akan mampu diatasi. Disebalik masalah yang datang itu sebenarnya terselit banyak hikmah yang tidak kita ketahui. Sungguh, Allah manjadikan ujian untuk hambaNya berseseuaian dengan kemampuan mereka. Semoga bermanfaat


(Garam ni pahit ke masin rasanya? Huhu)

Monday, February 16, 2015

Kami Pasti Akan Merinduimu


Firman Allah Taala: Maksudnya:
"Di kalangan orang yang beriman itu adanya pejuang hebat yang benar terhadap janjinya kepada Allah. Dikalangan mereka ada yang telah syahid dan dikalangan mereka ada yang masih menunggu sebagai syuhada’ dan mereka sesekali tidak menukar prinsip perjuangan mereka." (Al-Ahzab: 23)


Allahu, kagum dengan orang yang benar-benar telah melaksanakan janji mereka padaNya sampai saat Allah menjemput mereka kepadaNya. Sungguh hebat sifat Istiqomah mereka. Pemergian mereka bukan sekadar dengan jasad yang kaku, bahkan menghidupkan hati yang mati, melembutkan hati yang keras dan mengejutkan hati yang alpa.



Diriku pula? Adakah dapat istiqomah seperti mereka? Jangan kata nak beristiqomah, tapi benarkah aku ni dari kalangan mereka? Takut-takut hati ini tidak membenarkan kata-kata yang sering diucapkan selama ini. Allahu mintak-mintak dijauhkan. Na'uzubillahiminzaalik



Damailah dikau disana menemui Sang Pencipta wahai Murobbi. Telah tiba masa untukmu berehat setelah sekian lama mengharungi kesusahan dunia ini, di fitnah, di hina  dan sebagainya kerana engkau ingin menegakkan kalimah Allah ke tempat yang tertinggi. Hilangmu sukar di cari ganti. Pada diri mu terdapat suri tauladan yang baik untuk kami ikuti. Semoga kami jua mendapat nikmat istiqomah pada jalanNya seperti mana yang Allah kurniakan padamu. Semoga Allah merahmati mu wahai Tok Guru.


12 Februari 2015, 9.40 pm

23 Rabiul Akhir 1436H

Dato Bentara Setia TGNA (1931-2015)

Sunday, January 26, 2014

Murobbi Ku

Assalamualaikum WBT.

Sungguh lama laman ini terbiar tidak bertuan. Maklumlah hamba ini bukannya seorang yang suka menulis melainkan ini sekadar satu wardah untuk hamba melontarkan pandangan, berkongsi ilmu ataupun meluahkan perasaan.

Alhamdulillah, hari demi hari, mingu demi minggu dan bulan demi bulan, hamba kini telah pun menginjak kaki di tahun akhir pengajian. Sungguh banyak memori yang telah berlalu dalam tempoh sepanjang hampir 5 tahun hamba menuntut ilmu di bumi UniSZA ini.

Di sinilah tempat hamba belajar tentang erti sebuah persahabatan, perjuangan, pergorbanan dan juga erti kegagalan selain daripada menuntut ilmu semata-mata. Sungguh banyak kenangan yang tercipta di sini yang mana ianya cukup berharga buat hamba dalam melayari hidup ini untuk menggapai cita-cita yang didokong sejak kecil lagi, iaitu untuk menjadi seorang doktor.

Namun itu semua belum cukup bagi hamba untuk manggapai cita-cita hamba yang paling tinggi, iaitu  untuk menjadi orang yang berjaya. Seseorang muslim itu hanya dikatakan berjaya andai destinasi terakhirnya nanti apabila mereka dapat beristirehat di dalam syurga bersama para anbiya' , auliya' dan juga orang-orang soleh. Untuk tujuan itu, mendapat keredhaan Allah adalah misi kehidupan kita di atas dunia ini.

Walaubagaimanapun hamba sedar yang itu semua hanyalah angan-angan kosong semata-mata jika sekiranya ia tidak disertakan dengan satu tindakan yang wajar untuk ditukarkan dengan nilai sebuah syurga itu. Dan hamba amat yakin segala amalan-amalan baik kita di atas dunia ini belum tentu dapat kita tebuskan dengan nilai sebuah syurga yang sudah tentu tidak ternilai harganya.

Oleh sebab itu Allah yang Maha Pemurah, yang tahu akan batasan kemampuan hambanya itu tidak akan sesekali membiarkan kita begitu sahaja.  Di dalam surah As-Sof ayat 10-11, Allah telah pun manawarkan satu perniagaan yang sangat baik buat kita semua, yang mana dengannya ia boleh menyelamatkan kita dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya; iaitu dengan kita beriman kepada Allah dan rasulNya, berjuang menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri sendiri. 

Inilah apa yang dapat hamba lihat terdapat pada diri seorang Murobbi yang sangat hamba kasihi dan hamba cintai kerana Allah iaitu al marhum TG Haji Harun Tayyib. Al marhum telah pun pergi menghadap Ilahi pada 25 Januari 2014 lalu (semalam) lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Pengalaman bertemu  dengan al marhum  sebanyak 2 kali sangat bermakna buat diri hamba kerana itulah pertama kali dalam hidup hamba dapat bersua muka dengan seorang tokoh ulama haraki yang cukup banyak memberikan sumbangan dalam gerakan Islam di negara ini. 

Sungguh, banyak sekali mutiara kata yang dapat hamba kutip dari al marhum. Masih hamba ingat dalam salah satu pertemuan dengan al mathum, biarpun dalam keadaan yang sangat uzur sehingga terpaksa bergantung dengan tongkat yang berkaki empat, beliau tetap jau menggagahkan diri untuk berjumpa dengan kami semua. Dalam pertemuan yang singkat itu,  al marhum telah merungkaikan segala persoalan yang tersimpul dalam benak kami malah beliau turut memberi nasihat dan juga taujihat sebagai bekalan buat kami anak-anak muda yang bakal menempuh jalan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi sepanjang jalan dakwah ini.

Hamba masih ingat, satu analogi yang pernah al marhum berikan kepada kami bagi menjawab satu persoalan berkaitan isu semasa. Kata al marhum, "Harakah Islamiyyah ini ibarat sebuah bangunan hospital yang besar, dan peranan para ulamak ibarat doktor yang memberikan ubat pada para pesakit. Kita menerima pesakit tanpa memilih-memilih. Biasalah, kadang-kadang pasti ada pesakit yang degil tidak mendengar nasihat". Satu analogi yang sangat jelas dan mudah bagi kami semua selaku daie-daie muda dalam usaha melaksanakan dakwah terhadap orang-orang sekeliling. Pada hamba ianya sangat membantu kami dalam mengenal realiti dakwah yang sebenar-benarnya.

Banyak lagi mutiara-mutiara kata al marhum yang sangat bernilai buat kami, cukuplah sekadar ini sahaja yang hamba kongsikan dalam entri kali ini. 

Semalam (25 Januari 2014), hamba bersama sahabat-sahabat pergi menziarahi al marhum buat kali terakhir bagi menyempurnakan hak seorang muslim ke atas muslim yang lain iaitu menghantarkan jenazahnya ke kubur apabila ia meninggal dunia. Subhanallah, sungguh ramai manusia yang hadir pada pagi itu bagi menunaikan solat jenazah buat al marhum dan juga mengiringi perjalanan terakhir al marhum. Kata salah seorang sahabat hamba,  "jika solat jenazah seseorang itu dihadiri lebih daripada 40 orang, maka insyaaAllah dia akan di tempatkan di syurga". Dihadapan mata hamba pada waktu itu bukan setakat lebih daripada 100 orang, bahkan beribu-ribu yang hadir. 

Subhanallah, kalau di atas dunia lagi Allah sudah menunjukkan kemuliaan di hari kematiannya, insyaaAllah segala urusannya selepas ini akan lebih dipermudahkan. Banyak lagi tanda-tanda yang Allah memuliakan pemergian al marhum, antaranya cuaca yang redup dipayungi awan sepanjang perjalanan menghantar al marhum, dan dipermudahkan segala urusan pengebumian al marhum biarpun pada masa itu situasi sungguh sesak dengan ribuan manusia yang hadir untuk mengiringi jenazah al marhum.

Semoga tanda-tanda kebesaran Allah ini menjadi bukti kebenaran barang siapa yang ikhlas berjuang kerana Allah. Semoga ianya turut menjadi pembakar semangat buat kami untuk terus istiqomah dan thabat dalam jalan perjuangan ini. Ya Allah, janganlah Engkau bolak-balikkan hati kami.


Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.

Surah Al'Ankabut. Ayat 06.


Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Surah ArRum. Ayat 06.


Akhir kata, buat murobbi yang hamba kasihi kerana Allah, semoga perjalanan mu ke alam baru ini dipermudahkan dan semoga kubur mu dihiasi dengan keindahan taman-taman syurga dan menjadi tempat istirehat yang  damai buat mu sebelum memulakan perjalanan yang lebih jauh. Diri mu berhak memilikinya kerana kamu telah mengorbankan segala kesenangan dunia demi kepentingan perjuangan. Teringat kata-kata TGHH, "pemimpin boleh pergi bila-bila masa sahaja, tapi kepimpinan akan terus bersama kami". Terima kasih Murobbi ku, semoga Allah menerima segala amal baik mu mengampuni dosa-dosa mu, dan merahmati roh mu.


Wednesday, March 6, 2013

Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu

Untuk entry kali ini hamba ingin berkongsi sebuah kisah yang sangat menarik iaitu berkenaan perbezaan antara Sang Alim dan Sang Abid Tanpa Ilmu. Kisah ini hamba dapat dari sebuah blog yang dimiliki oleh Ustaz Nazrul Nasir, merupakan seorang yang amat hamba kagum kerana ketinggian ilmu dan peribadi yang ada padanya. 

Apa yang ingin hamba ketengahkan melalui kisah ini adalah tentang perlunya kita untuk mempunyai ilmu dalam melakukan sesuatu perkara supaya setiap tindakan dan amalan yang kita lakukan itu berlandaskan ilmu yang sohih, bukan sekadar taklid semata-mata. Mudah-mudah kisah ini dapat memberi pengajaran yang baik dan manfaat kepada kita serta memberi dorongan kepada kita untuk terus berusaha menuntut ilmu yang berfaedah.

Wednesday, February 20, 2013

ISMA Oh ISMA...

Baru-baru ini hamba telah dikejutkan dengan sebuah berita mengenai penyertaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ke dalam arena politik negara. Badan bukan kerajaan tersebut yang dikenali sebagai Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ini bukan sahaja aktif dalam bidang pertarbiyahan anak-anak muda di bumi ini, malah turut lantang dalam mempertahankan hak-hak orang Islam terutamanya hak-hak orang Melayu Muslim.

Secara umumnya pada hamba ianya adalah satu usaha yang sangat baik dan wajar diteruskan bagi melahirkan generasi muda yang faham Islam secara menyeluruh dan praktikal dalam hidupnya. Tapi ada satu perkara yang hamba kurang bersetuju iaitu mengenai penglibatannya ke dalam arena politik negara. 

Saturday, February 2, 2013

B E T U L @ B I A S A

Tertarik dengan bait kata-kata seorang sahabat yang bunyinya lebih kurang:

"kita ni kena membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul"

Tersentak hamba tatkala mendengar ungkapan tersebut walhal fokus hamba pada waktu itu entah ke mana lantaran penat berjaga malam. (mengantuk)

Terasa nasihat yang disampaikan itu menyentap lubuk hati yang paling dalam. Biarpun ianya hanya ditujukan secara umum, tapi terasa begitu kena sekali dengan situasi semasa hamba.

Friday, January 11, 2013

M A R A H

~Assalamualaikum~

Hmm, hati ku seringkali terganggu lantaran memikirkan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi sebelum ini. 
Sebenarnya telah banyak peristiwa yang terjadi sepanjang tempoh setahun yang lepas. 

Dari luar ianya kelihatan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun disebalik ketenangan itu sebenarnya tersembunyi bermacam-macam cerita yang tidak enak didengar. 

Hanya mereka yang terlibat sahajalah yang merasa bahang panasnya itu.

Wednesday, January 9, 2013

N I F A K (Repost Entry 17/7/11 - Bersediakah Kita???)


~Assalamualaikum~

Entry kali ni adalah enrty yang terdahulu yang telah hamba publishkan sebelum ni iaitu entry pada 17/7/11 yang bertajuk Bersediakah Kita???. Sebenarnya entry ni dah terdelete (accidentally terdelete), so hamba cari-cari la balik dan Alhamdulillah akhirnya jumpa juga. Kalu ikutkan nak biarkan je, tapi bila duk pikir-pikir balik pasal content entry ni, paksa jugak la mengeledah website ni dan Alhamdulillah selamat jumpe balik post ni. Hamba pun tak tahu mana boleh jadi macam ni, papepon syukur sangat-sangat sebab dah jumpa. So jemputlah baca ye  (^_^)

Tuesday, January 8, 2013

N I A T - Hadith 1

~Assalamualaikum wbt~

Kali ni hamba nak kongsi sedikit ilmu yang hamba dapat hasil daripada perbincangan ataupun diskusi ilmiah dengan beberapa orang doktor di mana tempat hamba belajar beberapa bulan yang lalu. Dan di sini hamba tambah juga beberapa point yang hamba dapat dari internet sebagai pelengkap kepada tajuk entry kali ini.

Hamba sedikit terkesan apabila dalam majlis tersebut telah dibacakan sebuah hadith iaitu hadith pertama daripada kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Hamba rasa ramai yang sudah tahu mengenai hadith ini yang mana sering kali ia dibacakan sebelum kita melakukan sesuatu perkara.

Monday, April 16, 2012

Bile berada dalam kesempitan masa...

Assalaamualaikum

Alhamdulillah minggu ni hambe dah masuk posting medical (wad perubatan) yang mana boleh dikatakan posting yang paling busy la sepanjang berada dalam clinical year ni...(baru hambe rase perasaan sebenar jadi medical student ni)

Tak tahu la hambe macam mane nak hadapi hari-hari yang mendatang ni...kalu di tengokkan pada schedule yang baru dapat hari ni memang pack sangat la jadualnye...hambe respect la batchmate hambe yg sebelum ni coz dapat survive and siap dapat pengiktirafan lagi dari HOD Medical...(bukan senang tu)

Monday, January 9, 2012

My Siblings

Assalamualaikum WBT,

Syukur alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan umur ini dan masih lagi memberi ruang dan peluang kepada hambe untuk hambe terus mencari bekalan hidup sama ada bekalan dunia ataupun akhirat, alhamdulillah. Cumanya kadang-kadang kita sahaja yang terleka ataupun terlalai sehinggakan terlepas segala peluang yang Allah dah beri kepada kita.

This time post (will be in english), I just want to story a little bit about my siblings especially the one that the first and the second after me (senang citer adik kedua dan ketiga hambe la). Now I miss too much about my third younger sister :-( .

Saturday, January 7, 2012

Tahun Baru: Azam dan Sambutannya


Assalamualaikum WBT,

Rasenya dah lame benor hambe tak update blog hambe ni sampai berhabuk, berdebu dan segala bendenye la. Kali ni hambe nak lap la sikit or polish biar berkilat dan berseri-seri gitu.

Untuk post ni hambe tak nak citer perkara-perkara yang lalu. Yang dah lepas tu tak perlulah kita nak ungkitkan lagi. Kali ni hambe nak share sedikit la pasal tahun baru ni (walaupun dah terlewat seminggu). Umumnya setiap kali datang tahun baru, masing-masing pasti akan memasang niat ataupun azam untuk berubah. Mungkin pada tahun sebelumnya banyak kelemahan pada diri yang telah dikenal pasti, jadinya untuk tahun baru ini pasti ramai yang ingin memperbaiki kelemahan-kelemahan itu.

Monday, August 1, 2011

Sekadar Perkongsian


Assalamualaikum WBT...

Untuk post kali ni hambe nak share lah sedikit ilmu berkaitan PUASA memandangkn Ramadhan telahpon tiba...Post ini hambe ambil dpd note kawan hambe dalam FB...mudah2an dpt sesuatu yang bermanfaat dpdnya...InsyaAllah.
_______________________________________________________________________________

PENGERTIAN PUASA DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH SYARA'.

Puasa dari segi bahasa bermakna : menahan daripada sesuatu.
Sebagaimana ayat :-

Maksudnya : Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.
[ Surah Maryam, Ayat : 26 ]

Saturday, July 16, 2011

Pengalaman Manis....

Assalamualaikum WBT

Agak lame rasenye ambe xupdate blog ni, sebulan lebih jugak la rasenye. Sebenarnye banyak jugak la cerite2 menarik yang da ter'miss' sepanjang tempoh ni. Tapi xpe la, ape yang da lepas tu biarkan ia lepas, malas ambe nak recall balik cerite2 lame tuh.

Sebelum tu ambe nak rafakkan lah setinggi2 kesyukuran ambe pada Allah SWT kerana masih lagi sayangkan ambe ni. Walaupon ambe ni bukanlah seorang hamba yang baik, sentiasa tidak lepas dari melakukan kesilapan dan dosa, tapi Allah taala sudi lagi menyayangi ambe dengan diberikan pelbagai ujian dan musibah bagi menegur diri ambe ni yang mane ambe rasakan diri ambe ni makin jauh dari Nya. Namun dengan ujian dan peringatan yang diberikan kepada ambe tu akhirnya dapat menyedarkan diri ambe kembali. Sesungguhnye Allah itu maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Tuesday, June 7, 2011

Proexam 1...Suka dan Duka...


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah dan kurnia-Nya masih lagi diberi peluang untuk hidup dan merasai nikmat pemberian-Nya.

Minggu lepas merupakan minggu yang paling mendebarkan bagi aku dan rakan2 kerana kami semua selaku pelajar perubatan Unisza first batch telah pon menghadapi satu peperiksaan yang dipanggil Professional exam.

Wednesday, May 18, 2011

Rela dimasukkan ke neraka

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.

Thursday, April 28, 2011

Bila Waktu Telah Berakhir...


Assalamualaikum,
Post kali ni just letak lirik lagu je. Lagunye best, tapi yang penting adalah bagaimana kita menghayati maksud yang tersirat disebaliknya. Renung2kanlah, =)


.::BILA WAKTU TELAH BERAKHIR::.

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

by: Opick

Wednesday, April 20, 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit


Terlebih dahulu ingin sekali saya merafakkan setinggi2 syukur kpd Allah S.W.T kerana masih lagi dikekalkan iman dan islam dalam diri ini kerana saya yakin itulah 2 nikmat yang terbesar Allah anugerahkan kepada setiap makhluknya yang dikasihi. Seterusnya saya bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada saya untuk menjejakkan kaki ke alam 21 tahun pada tahun ini, dimana pada 19 April semalam merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-21 . Mudah2an dengan bertambahnya umur ini bertambah jugalah amalan dan kebaikan buat diri ini. Permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini ya Allah.

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku