Monday, August 1, 2011

Sekadar Perkongsian


Assalamualaikum WBT...

Untuk post kali ni hambe nak share lah sedikit ilmu berkaitan PUASA memandangkn Ramadhan telahpon tiba...Post ini hambe ambil dpd note kawan hambe dalam FB...mudah2an dpt sesuatu yang bermanfaat dpdnya...InsyaAllah.
_______________________________________________________________________________

PENGERTIAN PUASA DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH SYARA'.

Puasa dari segi bahasa bermakna : menahan daripada sesuatu.
Sebagaimana ayat :-

Maksudnya : Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.
[ Surah Maryam, Ayat : 26 ]

Saturday, July 16, 2011

Pengalaman Manis....

Assalamualaikum WBT

Agak lame rasenye ambe xupdate blog ni, sebulan lebih jugak la rasenye. Sebenarnye banyak jugak la cerite2 menarik yang da ter'miss' sepanjang tempoh ni. Tapi xpe la, ape yang da lepas tu biarkan ia lepas, malas ambe nak recall balik cerite2 lame tuh.

Sebelum tu ambe nak rafakkan lah setinggi2 kesyukuran ambe pada Allah SWT kerana masih lagi sayangkan ambe ni. Walaupon ambe ni bukanlah seorang hamba yang baik, sentiasa tidak lepas dari melakukan kesilapan dan dosa, tapi Allah taala sudi lagi menyayangi ambe dengan diberikan pelbagai ujian dan musibah bagi menegur diri ambe ni yang mane ambe rasakan diri ambe ni makin jauh dari Nya. Namun dengan ujian dan peringatan yang diberikan kepada ambe tu akhirnya dapat menyedarkan diri ambe kembali. Sesungguhnye Allah itu maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Tuesday, June 7, 2011

Proexam 1...Suka dan Duka...


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah dan kurnia-Nya masih lagi diberi peluang untuk hidup dan merasai nikmat pemberian-Nya.

Minggu lepas merupakan minggu yang paling mendebarkan bagi aku dan rakan2 kerana kami semua selaku pelajar perubatan Unisza first batch telah pon menghadapi satu peperiksaan yang dipanggil Professional exam.

Wednesday, May 18, 2011

Rela dimasukkan ke neraka

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.

Thursday, April 28, 2011

Bila Waktu Telah Berakhir...


Assalamualaikum,
Post kali ni just letak lirik lagu je. Lagunye best, tapi yang penting adalah bagaimana kita menghayati maksud yang tersirat disebaliknya. Renung2kanlah, =)


.::BILA WAKTU TELAH BERAKHIR::.

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

by: Opick

Wednesday, April 20, 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit


Terlebih dahulu ingin sekali saya merafakkan setinggi2 syukur kpd Allah S.W.T kerana masih lagi dikekalkan iman dan islam dalam diri ini kerana saya yakin itulah 2 nikmat yang terbesar Allah anugerahkan kepada setiap makhluknya yang dikasihi. Seterusnya saya bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada saya untuk menjejakkan kaki ke alam 21 tahun pada tahun ini, dimana pada 19 April semalam merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-21 . Mudah2an dengan bertambahnya umur ini bertambah jugalah amalan dan kebaikan buat diri ini. Permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini ya Allah.

Thursday, March 3, 2011

Tidak Ku Pinta Lahir Ke Dunia Ini

Assalamualaikum.

Hari ni kami semua warga MBBS UniSZA telah mengadakan sebuah lawatan ke Taman Sinar Harapan di Terengganu. Taman Sinar Harapan merupakan sebuah pusat ataupon sebuah institusi yang telah ditubuhkan bagi menjaga hak2 dan kebajikan warga kurang upaya esp. kanak2.

Dahulunya ia adalah sebuah pusat kebajikan yang menjaga hak2 wanita namun setelah sebuah akta ditubuhkan bagi memansuhkan perkara tersebut ianya ditukarkan kepada Taman Sinar Harapan yang mana kini telahpon wujud 7 institusi kesemuanya di seluruh Malaysia termasuk Kuala Terengganu.

Wednesday, March 2, 2011

Happy Birthday !!!


Assalamualaikum

Post kali ni khas buat adik yang tersayang.

Kepada NUR AQILAH SHAHIRAH
(gambar di atas)

Thursday, February 24, 2011

Smart dop Deme nih???



Assalamualaikum.
Kenal x gambar sape kat atas tu?
rase2nye semua mesti kenal kot dengan pemilik gambar di atas ini.
die ni tersangat la stylo n macho (betul ke?)
n femes jugak la disebabkan beberapa kontroversi yang pernah ditimbulkan nya.
kalau anda still xkenal jugak die ni
maknenye anda ni mmg x pernah mengikuti perkembangan semasa la. Hehe

Friday, February 11, 2011

12 Feb Vs 14 Feb

Tarikh 14 Februari sering kali dinanti-nantikan oleh setiap umat manusia di seluruh dunia terutamanya dikalangan para remaja yang sedang hangat bercinta. Pelbagai cara sambutan yang dapat dilihat menjelang tarikh keramat ini di mana pada waktu inilah setiap pasangan kekasih akan menunjukkan rasa cintanya kepada pasangan masing2. Pada waktu inilah pasangan kekasih dilihat saling bertukar2 hadiah ataupun yang kebiasaannya bertukar2 coklat bagi menunjukkan cinta sejati mereka. Selain itu ada juga yang menyatakan rasa cinta mereka kepada kekasih mereka dengan menghantar mesej2 cinta , jambangan bunga ros

Kenangan Lalu

Assalamualaikum...

Setiap dpd kita ini pasti pernah memiliki beberapa pengalaman atau kenangan yang sukar untuk dilupakan sepanjang hidup kita kan? paling kurang pon pasti ade jugak satu pengalaman atau kenangan yang akan terpalit kekal dalam ingatan masing2, xkesahlah sama ada ianya itu pahit, masam atau manis. Bagi diriku juga, banyak pengalaman dan kenangan yang xdapat dilupakan sepanjang menjalani hidup ini. Ada yang pahit, masam dan juga manis. Namun semua pengalaman dan kenangan itu xkira pahit, masam atau manis lama kelamaan pasti kite akan merasakannya sebagai sesuatu yang manis dan lucu bile ia dikenang kembali.

Tuesday, February 8, 2011

Akhirnya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnye mase yang ditunggu2 tiba jua. Setelah sekian lame menanti (kire 4 semester), akhirnya modul sangat2 ditakuti telah pon tibe dimana utk 6 minggu akan datang kami semua akan belajar tentang Central Nervous System (CNS) ataupon dalam bahasa melayu nya dikenali sebagai 'Sistem Saraf Pusat'.

Monday, January 31, 2011

Tunisia, Damai mu Di sana

Sebelum ini, pasti kita semua dah maklum akan keadaan huru-hara yang berlaku di negara Tunisia. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perasaan ketidak puas hati oleh sebahagian besar rakyatnya yang terus dihimpit oleh masalah kemiskinan, kurangnya peluang perkerjaan yang semakin meruncing, tiada kebebasan untuk bersuara, kenaikan harga-harga barang yang berterusan dan juga rasuah yang semakin berleluasa di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi negara tersebut.

Sunday, January 30, 2011

Saya Rela Jadi Isteri Kedua Awak..!!!

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Friday, January 21, 2011

Pengorbanan

~Assalamualaikum~

hari ni tbe2 rase rajin sket nk menaip...w/pon da ngantok tp rse rugi plak kalu xpost bende ni awal2, sbb kalu post lewat2 kan lupe plak...so ambk keputusan jgn la bertangguh...

k la, nk tnye skit ape yg korang paham pasal pengorbanan???....utk ape berkorban???...sejauh mne ikhlasnye kite dlm melakukan sesuatu pengorbanan???...n ape yg perlu dikorbankan???...ni la persoalan yg byk duk dlm pemikiran ku mlm ni n hari2 sblm ni....

Tuesday, January 18, 2011

Berapa Yang Perlu Di Bayar???

Disebutkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki yang dalam lingkungan usia 60-an yang sudah tidak bekerja lagi seringkali mengadu kesakitan pada bahagian kiri dadanya. Tidak pernah berlaku sebelum ini, namun sejak 2-3 bulan kebelakangan ini, penyakit tersebut kian menjadi-jadi. Atas pujuk rayu serta nasihat isteri dan anak-anak maka lelaki tersebut pergi mendapatkan pemeriksaan lanjut tentang sakitnya itu.

Monday, January 17, 2011

Kegilaan ku vs Pro exam

~Assalamualaikum~

fuhh, da lame giler xupdate blog ni kot, kire 2 bln jgk ak rse...taw2 la, ak ni bkn nye rajin sgt dlm bab2 penulisan ni...lgpon tujuan asal ak buat blog ni sbb saje je nk hias2 blog ni spy nmpk lg menarik...tp buat mase ni xdee la menarik sgt ak tgk...xpe2 try explore lagi nnti...hoho...oh ye, ak rse blom terlambat lg nk wish HAPPY NEW YEAR...haha

Picture magnified

Haddad Alwi Doa'ku